Tuesday, December 22, 2009










hai hiiiiii, lama tak menulis, maklumla I sibuk jer.....lagipun susahla kalau dilahirkan menjadi manusia yang tak suka mengarang-karang ni, straight to the point jer, tetapi kekadang tu ada gak rasa nak menulis, sebab masuk U pun dalam bidang itu jugak....








anyway, ni ada gambar terbaru, saya baru dapat kat dalam blog one of my participant, dia masuk kelas etiquette, so tak sangka plak dia ada ambik gambar I.








Friday, December 4, 2009


ni gambar masa raya haritu....

Wednesday, December 2, 2009

Hai lama tak update blog almaklumlah, sibuk giler....lagipun aku ni bukannya suka sangat mengarang panjang-panjang...
tapi ni gambar terbaru yang aku boleh bagi sesiapa yang nak tengok, seronok aku tengok gambar lama-lama dulu masa kat sekolah SMDB taiping best giler dengan kengkawan yang sporting, seia sekata.... dengar kata nak buat reunion, bile la agaknya.......

Monday, October 12, 2009

Hi semua!

Sebelum ni ayah saya minta di publishkan cerita ni(dalam bentuk buku), tapi biasalah kita nak publish buat buku kena cari cite yang menguntungkan, oleh itu saya just boleh publish kat sinije la......harap anda semua baca ya.....



AHMAD DENGAN SANG PUTERI

Pada suatu masa dahulu ada seorang pemuda yang rupa parasnya kacak. Pemuda tersebut bernama Ahmad. Dia tinggal di sebuah rumah di desa yang berdekatan dengan sebuah tasik. Di tasik itulah Ahmad memancing ikan setiap hari.

Di suatu malam yang tenang sedang Ahmad tidur dengan nyenyak di rumahnya, dia telah bermimpi bertemu dengan ayah serta ibunya yang telah lama meninggal dunia.

Ayahnya berkata,
"Wahai anakku Ahmad, pada esok hari waktu pagi-pagi lagi sebelum matahari terbit, pergilah kamu ke sebuah tasik tempat kamu memancing ikan, di sana ada sebilah pedang sakti serta perisai pelindung diri. Ambillah pedang sakti tersebut bersama perisai dan tungganglah kuda itu menuju ke timur. Di sana kamu akan beroleh kurniaan agung nanti. Ingatlah pesan ayah, Ahmad. Ingatlah!".

Suasana desa masih samar-samar, bunyi kokok ayam jantan bersahutan, burung murai berbunyi berkicauan di dahan kayu. Pagi akan menjelang tiba. Di ketika itu, Ahmad terjaga dari tidur, dia termenung sejenak memikirkan kisah mimpinya malam tadi.

Berkata dalam hati kecilnya,
Apakah mimpiku itu benar? Ataupun sebaliknya? Ya! Aku yakin bahawa mimpiku benar. Aku akan pergi ke tasik.

Dengan tidak membuang masa, Ahmad meninggalkan rumahnya lalu berjalan menuju ke tasik tempat dia memancing ikan. Apabila sampai di hujung tasik Ahmad ternampak seekor kuda hitam sedang meragut rumput di bawah pokok jati tua. Ahmad segera menghampiri kuda hitam dan dengan tenang serta cermat dia memegang tali pedati kuda serta mengenakan pedang sakti di pinggangnya, perisai di sebelah tangan kiri lalu Ahmad menaiki atas belakang kuda hitam. Dia menunggang perlahan menuju ke timur dan memecut dengan lajunya.

Hari demi hari, minggu berganti bulan, Ahmad menggembara meninggalkan rumah dan desa telah tiga purnama. Tiada tujuan tertentu penggembaraannya, hanya berpandukan arahan yang diamanahkan oleh ayahnya seperti dalam mimpi tempoh hari.

Di suatu pagi, sedang Ahmad berehat dalam keletihan di pinggir sebuah sungai luas yang penuh dengan batu-batan, maka Ahmad terdengar suara perempuan meminta tolong. "Tolong! Tolong! Tolong! Aku tak mau mati!" Ahmad pantas bangun. Di tangannya terhunus pedang sakti dan perisai. Lagak bagai seorang pahlawan dia cuba berjalan mengikut arah suara itu.

Ahmad ternampak seorang perempuan berada di atas batu di pinggir sungai sedang kaki dan tangannya terikat. Ahmad berjalan pantas sambil berhati-hati menuju ke arah perempuan tersebut. Bila Ahmad berada hampir tidak jauh dengan perempuan itu, dia cuba berselindung diri di sebalik batu besar, lalu berkata, ”Hei perempuan, mengapa kamu berada di sini?”

"Tuan hamba, tolonglah lepaskan hamba segera sebelum hamba mati di makan oleh Gergasi Air". Perempuan itu bersuara lembut meminta pertolongan dari Ahmad agar membuka kaki dan tangannya yang terikat. "Baiklah, hamba akan cuba". Ahmad cuba mendekati perempuan yang berada di atas batu itu lalu membuka ikatannya.

Setelah ikatan dibuka maka Ahmad dan perempuan itupun sama-sama terjun dari atas batu di pinggir sungai lalu naik ke daratan.

”Hamba ucapkan ribuan terima kasih pada Tuan Hamba kerana menyelamatkan nyawa hamba dari di makan oleh Gergasi Air". Demikian ucapan perempuan itu kepada Ahmad dengan manjanya. "Sudah menjadi kewajipan saya" kata Ahmad. "Tetapi bolehkah saya tahu, siapa sebenarnya Tuan Hamba ini?”. Gadis tersebut menjawab sambil tersenyum. "Hamba ialah seorang Puteri Raja. Raja yang memerintah negeri ini. Nama hamba Tengku Puteri Serai Wangi. Ayahanda hamba bernama Sultan Azudin Alam Shah dan negeri hamba bernama Kancong Tirani".

"Oh, Puteri Raja rupanya. Ampunkan patik Tengku Puteri". Ahmad memohon maaf dari Tengku Puteri. "Tak mengapa" jawab Tengku Puteri sambil menjeling dari sudut matanya terhadap Ahmad yang kacak.

Ahmad ingin tahu lagi lantas dia bertanyakan Tengku Puteri, "Bagaimana Tengku Puteri sampai ke mari?" Tuan Puteri berpaling ke arah Ahmad lalu berkata "negeri hamba telah dikalahkan oleh Gergasi Air yang berada di sungai dalam ini. Setiap tahun akan dipersembahkan seorang gadis untuk di makan oleh gergasi tersebut. Hari ini adalah giliran hamba pula di atas batu ini tempat santapannya".

Tengku Puteri Serai Wangi menceritakan kisah sebenar bencana yang menimpa negeri ayahandanya. Linangan air mata nampak mengalir tanda kesedihan. "Bersabarlah Tengku Puteri. Kita berada di pihak yang benar", kata Ahmad. Dia cuba memujuk Tengku Puteri, bagi menyakinkan Tengku Puteri terhadap dirinya sambil berkata, "jika benarlah pedang ini pedang sakti pemberian dari ayahku dalam mimpi hamba akan menentang Gergasi Air itu". Ahmad menghunus pedangnya lalu beredar berjalan menaiki di atas batu menanti ketibaan Gergasi Air muncul dari sungai yang dalam.

Tiba-tiba Ahmad ternampak air sungai membuak-buak dan berpusing menuju ke arah Ahmad yang mana pada masa itu sedang berada di atas batu. Lalu muncullah lembaga hitam berbadan besar, berbulu bermata satu. Lembaga itu mengeluarkan angin api dari dalam mulutnya kepada Ahmad. Maka Ahmad pula dengan pantas membenteng perisai di hadapannya. Maka berlakulah satu pertarungan sengit di antara keduanya Dari sungai yang dalam hinggalah ke atas daratan Gergasi Air menyerang Ahmad bertalu-talu. Namun Ahmad menangkis dengan mudah dan tangkas. Di masa pertarungan berlaku, Ahmad mendapat suatu akal lalu dengan pantas dia menikam ke arah mata Gergasi Air.
Gergasi tersebut meraung-raung kesakitan serta menghempas-hempas dirinya lalu mati di situ juga.

Tengku Puteri yang berada tidak jauh dari tempat pertarungan segera datang mendapatkan Ahmad lantas memeluk diri Ahmad dengan mengucapkan terima kasih kepada Ahmad. Ahmad terpegun sejenak.

"Tuan Hambalah bakal teman hidup hamba". Tengku Puteri melafaz kata tidak lagi merasai malu dan segan. "Jasa Tuan Hamba amat besar terhadap diri hamba dan negeri ayahanda hamba Kancong Tirani" kata Tengku Puteri.

"Mengapa Tengku Puteri berkata begitu?” tanya Ahmad ingin tahu. "Ayahanda hamba pernah bertitah bahawa hanya seorang Putera Raja yang berdaulat sahaja akan mampu membunuh Gergasi Air itu. Kini nyatalah Tuan Hamba sebenamya berketurunan anak Raja yang berdaulat" kata Tengku Puteri bersungguh-sungguh.

”Tidak, Tengku Puteri" jawab Ahmad merendah diri. "Mengapa Tuan Hamba berkata begitu?" Tengku Puteri bertanya lagi. "Sebenarnya Hamba seorang miskin yang tinggal di hujung desa sebagai nelayan di sebuah tasik. Ibu dan ayah Hamba sudah tiada lagi di dunia ini. Hidup Hamba sebatang kara dan menggembara hingga kini sampai ke mari" dengan penuh perasaan Ahmad menceritakan kisah hidupnya sambil mengesat air mata oleh kerana terlalu hibanya, Tengku Puteri juga turut bersedih mendengar Ahmad menceritakan kisah hidup dirinya di masa-masa yang telah lalu.

"Usahlah Tuan Hamba berkata begitu. Semuanya adalah takdir Tuhan jua. Marilah kita berjumpa ayahanda Beta, mudah-mudahan Tuan Hamba beroleh kurniaannya".

Tuan Puteri mengajak Ahmad bersungguh-sungguh namun Ahmad merasa tiada berupaya menghadapi suasana di istana Raja. Dalam fikirannya terbayang ingatan kata-­kata ayahandanya seperti di dalam mimpi tempoh hari.
4
”Di sana engkau akan mendapat kurniaan agung nanti". Maka Ahmad pun memutuskan fikiran dengan akalnya bahawa dia sedia menerima pelawaan Tengku Puteri untuk menjejak kakinya di istana lalu diapun menggenakan pedang sakti di pinggangnya serta perisai. Ahmad mendekati Tengku Puteri dan berkata "Hamba sedia menurut cadangan Tengku Puteri untuk berjumpa dengan ayahanda Tengku Puteri". "Ya, itulah yang sebaik-baiknya" kata Tengku Puteri. Tengku Puteri cuba menghampiri Ahmad dan memandang dengan penuh kasih sayang.

Kuda hitam kepunyaan Ahmad begitu setia menunggu Ahmad di bawah pokok kayu Gerharu Rimbun sambil meragut rumput yang kehijauan. Ahmad mengajak Tengku Puteri mendekati kuda hitam. Tengku Puteri tidak keberatan lalu mereka berdua berjalan berpegangan tangan mendekati kuda hitam. Setibanya hampir dengan kuda, Ahmad pantas naik di atas belakang kuda bersama Tengku Puteri lalu menunggang kuda tersebut di atas jalan menuju ke istana Raja.

Semasa mereka sampai di istana Raja keadaan suasana sekeliling pada masa itu lenggang sahaja. Tiada pengawal yang mengawal di pintu masuk hadapan istana. Ahmad turun dari atas kuda bersama Tengku Puteri. Ahmad bertanyakan Tengku Puteri "Apakah benar ini istana ayahanda Tengku Puteri'?". "Ya, inilah negeri Kancong Tirani, negeri ayahanda Beta dan inilah istananya". Tengku Puteri memberitahu Ahmad. Ahmad bertanya lagi, "mengapa tiada seorangpun pengawal yang mengawal di situ?” "Mungkin barangkali pengawal takut mengawal di luar istana" jawab Tengku Puteri bagi menyakinkan Ahmad yang nampak gelisah.

Tengku Puteri cuba memerhati di setiap sudut istana, mungkin ternampak pengawal bertugas namun hampa sahaja. Tiada seorang pengawal pun di sana hanya yang ada bunga-bungaan indah sedia berada di mini taman hadapan istana tempat orang-orang besar berehat.

Waktu berlalu begitu cepat sekali. Kini sudahpun hampir senja. Tiada seorangpun berada dan berlalu berhampiran istana Tengku Puteri merasa cemas dan gelisah. Namun Ahmad nampak tenang dengan kesabaran mengatasi segala-galanya. Ahmad cuba memujuk Tengku Puteri agar bersabar.

”Biar apapun terjadi, Tengku Puteri telah berada di luar istana. Lebih baik kita bermalam di taman ini sementara menunggu pagi esok hari" kata Ahmad memujuk Tengku Puteri yang nampak cemas. Tengku Puteri setuju. Mereka kata sepakat akan bermalam di taman itu di bawah sepohon pokok bunga Janda Kaya yang rimbun. Mereka berlampukan bintang di langit dan dibuai angin malam selembut bayu. Oleh kerana badan terlalu keletihan menunggang kuda maka mereka terlelap hingga ke awal pagi.

Tiba waktu pagi hari Ahmad dan Tengku Puteri terjaga dari tidurnya. Mereka berehat sejenak. Tengku Puteri cuba beralih perhatian jauh di pintu besar istana kemungkinan di buka oleh pengawal yang bertugas pada masa itu.



"Beta tidak akan beredar dari taman ini selagi pintu istana tidak dibuka. Hasrat Beta adalah untuk berjumpa dengan ayahanda Beta" Tengku Puteri menyatakan kepada Ahmad sebagai membuka bicara di pagi yang hening itu. "Patik faham maksud Tengku Puteri" kata Ahmad

Setelah beberapa lama mereka menunggu di taman hadapan istana, maka terdengar oleh Tengku Puteri dan Ahmad bunyi pintu istana dibuka orang. Dua pengawal keluar dari dalam istana. Mereka mengambil tempat masing-masing lalu bertugas di pintu masuk istana.

Tengku Puteri dan Ahmad yang berada tidak jauh dari taman itu merasa gembira amat sangat. Lebih-Iebih lagi Tengku Puteri kerana apa yang dinanti-nantinya telah termakbul. Tengku Puteri mengajak Ahmad bergandingan tangan berjalan mara di hadapan istana seperti orang yang biasa dengan keadaan suasana di tempat itu. Di hadapan pintu istana Ahmad dan Tengku Puteri telah dihalau oleh dua orang pengawal yang bertugas. Mereka tidak dibenar berada di hadapan istana. Ahmad merasa hairan. Mengapa boleh terjadi demikian sedangkan pengawal istana sudah lama kenal Tengku Puteri. Indah yang menjadi tanda tanya dalam hati kecilnya. Namun Tengku Puteri tiada berganjak dari kawasan istana. Namun dengan cara hormatnya Tengku Puteri memanggil seorang dari pengawal tersebut lalu bertanya "Pengawal, siapakah nama Puteri Raja negeri ini?". Maka jawab Pengawal itu "Puteri Serai Wangi".

"BetaIah Puteri Serai Wangi yang telah dihadiahkan oleh ayahanda Beta bagi santapan Gergasi Air yang durjana itu dan cincin di jari Beta ini adalah cincin Diraja kebesaran negeri Kancong Tirani yang diberi oleh ayahanda Beta di suatu ketika dahulu", Tengku Puteri menunjuk-nunjuk cincin di jarinya kepada pengawal.

Demi dilihat oleh pengawal cincin yang berada di jari Tengku Puteri, maka kenallah mereka bahawa itulah Puteri Serai Wangi lalu pengawal segera berdatang sembah, "Ampun patik Tengku Puteri. Patik telah terkasar bahasa. Patik tidak kenaI diri Tengku Puteri yang berubah rupa dan berpakaian kotor Ampunkan patik",

Di Balai Rong Seri dalam istana terdapat para pembesar negeri sedang bermesyuarat di hadapan Seri Paduka Raja Sultan Azudin Alam Shah, Mereka berbincang mengenai hamba rakyat negeri Kancong Tirani yang sudah ramai berpindah ke tempat lain dan juga Raja turut berdukacita atas kehilangan puterinya yang tersayang iaitu Tengku Puteri Serai Wangi. Namun apapun terjadi atau berlaku Sultan Azudin Alam Shah tidak akan meninggalkan negerinya, Baginda masih setia bersama rakyat dan pembesar negeri serta sering berbincang mencari jalan untuk menghapuskan gergasi ganas yang mengancam keselamatan negerinya, Sedang para pembesar negeri berhujah dan memberi pendapat masing-masing terhadap Baginda Sultan, tiba-tiba seorang pengawal istana masuk menghadap.







"Ampun Tuanku, ada seorang pemuda dan seorang Puteri ingin mengadap". "Benarkan mereka mengadap" perintah Baginda Sultan.

Maka Tengku Puteri dan Ahmad segera berdatang sembah. "Ampun Tuanku, patik Tengku Puteri Serai Wangi dan Ahmad datang mengadap".

”Anakanda Beta?"' tanya Sultan terpegun. "Ya, Ayahanda. Patiklah Puteri Serai Wang, puteri ayahanda di negeri Kancong Tirani".

Setelah Baginda Sultan mendengar dan mengamati suara serta tingkah laku Puteri Serai Wangi maka kenallah Baginda bahawa yang berada di hadapannya itulah sebenarnya Puteri kesayangannya. Baginda turun dari Balai Penghadapan lalu mendapatkan anakandanya Puteri Serai Wangi. Dipeluk, dicium serta ditangisi oleh terlalu rindu akan anakandanya. Sesudah itu Baginda memimpin tangan anakandanya sambil berjalan naik di atas Balai Penghadapan serta bersemayam di sisi kiri Baginda sedangkan Ahmad masih berada menghadap di hadapan Baginda Sultan.

Baginda Sultan bangun bertitah dengan suara lantang kepada orang-orang besar istana yang berada mengadap di Balai Rong Seri Titah Baginda, "Dengar sekalian para pembesar negeri yang ada. Beta tidak menyangka perkara ini boleh terjadi. Semua ini adalah kuasa Tuhan jua. Oleh itu kini anakanda Beta, Puteri Serai Wangi akan menceritakan kepada Datuk-Datuk sekalian sekalian bagaimana pengalamannya yang boleh berlaku hingga Puteri Serai Wangi terselamat daripada gergasi ganas itu dan siapakah sebenarnya yang membunuh Gergasi Air”.

Baginda menjemput anakandanya Puteri Serai Wangi. "Dipersilakan anakanda". Puteri Serai Wangi bangun dan dengan hormat lagi lemah lembut Puteri mula bercerita.

"Para pembesar negeri yang ada di dewan ini. Beta berkata benar dan ikhlas, bahawa orang yang menyelamatkan nyawa Beta dari dimakan oleh Gergasi Air tempoh hari, sebenarnya ialah seorang pemuda kacak bernama Ahmad. Kini beliau berada menghadap dalam dewan ini di hadapan Tuan. Beliaulah yang bertarung bermati-matian dengan bergadai nyawa sehingga dapat menewaskan Gergasi Air yang ganas lagi gagah itu". Tengku Puteri menunjuk-nunjukkan tangannya ke arah Ahmad.

Sekalian pembesar negeri pada masa itu berbisik-bisik sesama sendiri. Mereka kurang menaruh kepercayaan sepenuhnya kerana mustahil seorang pemuda kacak berusia muda dapat menewaskan gergasi berbadan besar lagi kuat itu. Inilah yang menjadi tanda tanya dalam fikiran jahil mereka.

Tetapi Baginda Sultan lebih arif lagi bijaksana bagi menyelesaikan perkara itu. Maka Baginda menjemput anakanda Puteri Serai Wangi berehat disisinya. Baginda memanggil Datuk Ahli Nujum Negara. Baginda bertitah, "Wahai Ahli Nujum Negara". Ahli Nujum Negara berdatang sembah. "Tuanku". "Beta perintahkan kamu ambil segera dulang emas bawa kemari" perintah Baginda Sultan. "Perintah dijunjung" kata Ahli Nujum.


Ahli Nujum segera masuk ke dalam kamar rahsia dalam istana lalu diambilnya dulang emas dan diletakkan di atas sebuah meja kaca di hadapan Baginda Sultan. Ahli Nujum merapat sembah dan berkata, "inilah dulang emasnya Tuanku". Baginda Sultan bangun dari tempat bersemayam lalu berdiri di hadapan dulang emas. Baginda menanggalkan Mahkota Kebesaran Diraja dari atas kepalanya lalu diletakkan di atas dulang emas. Baginda bertitah, "Ya Ahli Nujum Negara, jalankan upacara ini dengan betul-betul". Ahmad yang berada mengadap di hadapan Raja hanya mampu memerhati dengan penuh kehairanan apakah yang akan berlaku sebentar lagi. Namun tangannya sedia berada di pedang sakti untuk menghadapi sebarang kemungkinan buruk terjadi dalam istana nanti.

Sedang Ahmad memikirkan sesuatu tiba-tiba dia telah dijemput oleh Datuk Ahli Nujum untuk naik di atas pentas Diraja. Ahmad lantas bangun lalu berjalan dengan hebatnya naik ke atas pentas Diraja. Dengan hormat Ahmad menyembah Sultan, "Ampun Tuanku". Ahmad melutut di hadapan Mahkota Raja yang berada di atas dulang emas. Ahli Nujum mengambil tujuh biji buah limau nipis lalu dibelah dua dan dimasukkan ke dalam batil emas berisi air yang sedia ada berhampiran dulang emas. Ahli Nujum merinjis limau tersebut mengenai seluruh tubuh badan Ahmad sambil membaca menteranya.

Sebentar kemudian, Mahkota Raja yang berada di dulang emas dengan sendirinya bergerak perlahan-lahan dan terangkat menuju ke arah Ahmad lalu mengelilingi tubuh dirinya lantas meletak di atas kepala Ahmad seperti ada orang yang memegang mahkota tersebut. Ahmad hanya mendiamkan dirinya. Para pembesar negeri dan Datuk-Datuk yang hadir dalam dewan penghadapan pada masa itu bangun dan berdiri bagi menghormati Ahmad.

Datuk Ahli Nujum Negara yang berada tidak jauh dari upacara itu segera datang menghampiri Ahmad lalu merampat sembah "Daulat Tuanku" serta diikuti oleh para tetamu pembesar negeri yang ada.

Datuk Ahli Nujum kembali menyembah Baginda Sultan "Ampun Tuanku, upacara ujian Daulat telahpun selesai patik jalankan. Dalam firasat patik bahawa pemuda Ahmad ini adalah seorang Putera Raja yang berdaulat lagi bijaksana. Baginda berketurunan Raja Dewa dan ibunya seorang Puteri Raja yang jelita". "Ampun Tuanku".

Baginda memerintahkan Ahli Nujum untuk menjemput pemuda Ahmad duduk bersemayam bersama-sama dengan baginda. "Ya Ahli Nujum Negara" berkata Sultan. "Tuanku" jawab Nujum Negara. "Perintahkan pemuda Ahmad bersemayam bersama­-sama Beta dan Tengku Puteri". "Perintah dijunjung" berkata Ahli Nujum. Maka Ahli Nujum segera mengadap Ahmad dan menjemputnya naik di atas singgahsana Diraja untuk bersemayam bersama Baginda dan Tengku Puteri Serai Wangi.






Baginda Sultan memerintahkan Ahli Nujum mengambil tempat untuk berehat bersama para pembesar istana. "Wahai Ahli Nujum" titah Sultan. "Tuanku" sahut Ahli Nujum. "Silakan ambil tempat berehat kerana Ahli Nujum Beta nampak keletihan" titah Sultan. "Terima kasih Tuanku. Patik berehat" berkata Ahli Nujum.

Sesudah Baginda mengarahkan Ahli Nujum berehat maka Baginda kembali bertitah, "Pembesar negeri dan Datuk-Datuk yang hadir di Dewan istana ini. Sebentar tadi kita bersama-sama menyaksikan upacara ringkas yang penuh dengan tanda tanya apakah kesudahannya apabila Ahli Nujum merenjis air limau keseluruh tubuh badan pemuda Ahmad ini. Kini Beta ingin membuat pengumuman rasmi bahawa pemuda Ahmad ini ialah seorang Putera Raja yang berdaulat. Oleh itu, Beta telah berkenan dan Beta kahwinkan anakanda Beta Tengku Puteri Serai Wangi dengan Raja Ahmad. Upacara pernikahan ini Beta serahkan kepada Datuk Perdana Menteri bagi menguruskannya" baginda bertitah kepada Datuk Menteri.

"Datuk Perdana Menteri" titah Sultan. "Tuanku" berkata Perdana Menteri. "Beta serahkan upacara majIis pernikahan anakanda Beta, Puteri Serai Wangi dengan Raja Ahmad dijalankan secepat mungkin. Canangkan kepada sekalian hamba rakyat di negeri ini dan sediakan kamar penginapan untuk Raja Ahmad berehat buat beberapa hari. Berikan persalinan secukupnya sebagai menghormati anak Raja Besar". "Perintah dijunjung Tuanku" berkata Perdana Menteri.

Baginda juga bertitah kepada pembesar negeri yang masih menunggu di dewan istana agar bersurai dan kembali ke rumah masing-masing. Justeru baginda mengingatkan pesan-memesan kepada hamba rakyatnya datang ke majlis pernikahan Tengku Puteri Serai Wangi pada satu purnama yang akan datang. Baginda berundur diri bersama dengan anakanda Tengku Puteri dan meninggalkan dewan mesyuarat. Baginda kembali ke kamar penginapan Diraja dengan perasaan hati yang tenang sementara menunggu hari pernikahan puterinya satu purnama yang akan datang.


PENUTUP

Sultan Azudin Alam Shah ialah seorang Raja yang disayangi oleh rakyat negerinya, Kancong Tirani. Pada mulanya negeri tersebut aman dan harmoni. Pada suatu ketika negerinya ditewaskan oleh Gergasi Air yang gagah lagi ganas. Negeri Kancong Tirani akan kembali tenang atau aman seandainya Baginda Sultan menghadiahkan seorang anak gadis rakyatnya untuk santapan Gergasi Air pada setiap dua belas pumama. Namun baginda kembali berdukacita atas kehilangan Puterinya yang tersayang iaitu Puteri Serai Wangi yang telah dihadiahkan untuk santapan gergasi durjana. Namun kemunculan secara tiba-tiba seorang anak Raja Dewa yang sakti maka terselamatlah negeri Kancong Tirani dan kembali aman seperti mula.

Baginda Sultan turut gembira dan bersyukur kehadrat Tuhan kerana hari ini genaplah sudah dua purnama pernikahan anakandanya Puteri Serai Wangi telah berlangsung dengan meriah. Sekalian hamba rakyat kembali bermastautin di negeri Kancong Tirani dan Raja Ahmad telah dilantik oleh Baginda Sultan sebagai Raja Muda yang bergelar Raja Muda Alam Shah dan isterinya bergelar Raja Puteri Hidayu Jelita.

Sekalian hamba rakyat dari lain pelosok negeri ramai berhijrah ke negeri Kancong Tirani kerana dengar khabar oleh mereka Raja Muda yang memerintah adalah berketurunan dewa kayangan. Baginda begitu bijak lagi sakti dan adil pemerintahannya.

Maka hiduplah mereka suami isteri dengan aman tenteram dan berkasih-kasihan Tengku Puteri di samping suami tersayang Raja Ahmad Alam Shah.


Cerita Oleh;
Mat Yusoff bin Abu Bakar

Wednesday, September 30, 2009







gambar baru masa raya on 20 Sept 09 dan gambar lama birthday harith

Monday, August 17, 2009

























sekitar majlis perkahwinan di Kuantan. Adik Ipar kawin...

Friday, August 14, 2009











ini plak cupcakes hantaran buat pengantin perempuan adik ipar...
cantikla price pun ok- RM 58 jer...













ini gambar cupcakes masa nak sambut birthday papa Harith 13 March 2009. Liverpool Die hard Fan!!!!!








Friday, March 6, 2009
















ni tambah lagi ni















ni gambar masa majlis cukur jambul






Friday, February 6, 2009











koleksi gambarku. dah lama nak publish bagi orang tengok.





















proses semasa Harith Rizqi nak meniarap







koleksi gambar bakul Harith Rizqi untuk majlis cukur jambul.







rumah i masa kecoh dengan anak yang dah mula pandai meniarap

ni gambar masa saya pregnant, forgotla how many months.


Hari ni aku boring giler........ada keje tapi takda mood nak buat. ishhhhhhhh

sebenarnya akuni bukan jenis orang yang suka menulis di mana-mana ruangan tapi memandangkan nak ikut peredaran zaman, so aku folowlah....I FOLLOW !!!!!!